Monday, 8 April 2013

FILEM: SEMBUNYI AMUKAN AZAZIL

FILEM: SEMBUNYI AMUKAN AZAZIL


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog jejarikucing. Kita lupakan seketika fitnah politik sana sini, jom baca sedikit ulasan saya mengenai filem seram, erm seram rasanya taklah seram cuma ada terkejut sikitlah - filem seram pertama khabir Bhatia. Sembunyi: Amukan Azazil.

Azazil? ya ini ialah nama ketua malaikat tapi bukan malaikat ia adalah dikalangan jin yang dipilih untuk menjadi ketua malaikat dan akhirnya menjadi iblis kerana ingkar untuk sujud kepada Nabi Adam as.

Baiklah itu Azazil, dan seperti yang ada pada tajuk ini. Sebelum saya menonton filem ini, ada beberapa orang yang mengatakan filem ni menarik untuk ditonton. Jadi saya pun pergilah tonton sebab tak ada lagi cerita menarik untuk dipilih.

Cerita ini mengisahkan Aishah yang dilakonkan oleh Diana Danielle yang tercedera di zaman penjajahan jepun ke atas tanah melayu. Apabila sedar sahaja, beliau berada di sebuah rumah kayu. Beliau telah diselamatkan oleh penduduk kampung.

Setelah dia muncul dikampung itu, terjadilah serangan mahkluk ganas bersayap yang digelar Azazil. Makhluk ini menyerang dan membunuh penduduk kampung. Kejadian ini berlaku setelah Aishah telah melanggar garis sempadan yang telah dibuat oleh penduduk di situ.

Sebenarnyakan, saya tertanya-tanya apa yang cerita ni nak ceritakan, pada awal cerita agak slow dan rasa macam menonton drama pula.

Kualiti biasa sahaja, ya biasa, kalau nak luar biasa bagi Khabir Bhatia ni bajet filem juta-juta baru gempak dan feel. Rasa tak sampai dia punya kejutan, ketakutan tu.

Semua persoalan yang macam kabur di awal cerita secara perlahan-lahan akan diterangkan dari pertengahan cerita sehingga tamat.

Apa yang boleh saya katakan, Azazil dalam cerita ini, yang akan buat kamu semua keliru, siapa yang jahat dan siapa yang baik sebenarnya. Kerana Azazil dalam cerita ini adalah mahkluk suruhan untuk menghapuskan kejahatan di kampung itu, jadi? siapa yang jahat?

Abaikan segala kesan khas yang biasa dalam filem ni, fokus pada jalan cerita.

Pergilanh tonton.

No comments: